Ron 95 vs Ron 97

Dalam blog kali ini kita akan tengok apa sebenarnya perbezaan minyak ron 95 dan ron 97. Disebabkan minyak ron 97 ni dia lebih mahal dari ron 95, kita pun dengar macam-macam orang buat perbandingan, ada yang kata ron 97 ni lebih jimat dan boleh jalan lebih jauh dari ron 95. Ada juga yang kata ron 97 ni boleh bersihkan enjin. Ada juga yang kata ron 97 ni boleh tingkatkan kuasa enjin dan enjin jadi lebih lancar dan smooth sahaja masa memandu. Ha, anda rasa betul ke semua ni. Ok, mari jom kita tengok.

Baik jadi kita semua tahu yang minyak petrol ni senang terbakar betul tak. Tapi kalau dalam enjin, pembakaran petrol ni perlu dikawal dengan baik supaya tenaga yang ada dalam minyak tu dapat ditukar sebanyak mungkin untuk menggerakkan sebuah kenderaan. Jadi pembakaran dalam enjin ni dia macam letupan terkawal lah, memang sewaktu enjin tu direkabentuk, para jurutera ni dah kira dah banyak mana udara akan masuk dalam enjin, dan kalau udara banyak ni berapa banyak minyak yang perlu dicampurkan. Bila minyak tu dah ada dalam tempat pembakaran, berapa pula tekanan yang sesuai untuk membakar minyak tu. Bila dah dimampatkan, bila pulak nak hidupkan spark plug untuk bakar minyak tu untuk pastikan pembakaran yang sempurna berlaku? Adakah sebelum tekanan maksimum, adakah bila tekanan tu tengah maksimum? Ha, dan benda pulak ni berlaku dengan sangat cepat tau. Anda berkelip je, minyak tu dah terbakar. Sebabtu enjin anda ada maximum rpm dalam 6000 ke 7000 sebab kalau laju sangat proses pembakaran ni tak dapat disusun dengan sempurna. Dan minyak ni pulak, bila disuntik masuk ke dalam tempat pembakaran tu, dia ada dalam keadaan partikel partikel yang sangat kecil. Macam contohnya anda spray nyamuk tu, tapi takdelah sebanyak tu. Tujuan spray yang sangat kecil tu pulak adalah supaya minyak tu dapat disembur dengan sekata sebelum dibakar. Jadi jurutera dapat kira dengan tepat berapa lama tempoh untuk semua minyak tu dibakar.

Ok jadi kita dah tahu yang proses pembakaran minyak dalam enjin ni adalah suatu proses letupan terkawal dan memang penting untuk kesemuanya berjalan dengan tepat. Minyak tu tak boleh meletup terawal sikit, atau terlambat sikit. Kalau tak enjin anda boleh rosak. Haa dan untuk itu, salah satu punca minyak ni boleh meletup secara spontan bergantung pada Research Octane Number ataupun RON. Dan kalau di Malaysia ni kita familiar dengan Ron 95 dan Ron 97 lah. Di sebahagian stesen minyak ada lagi ron yang lagi tinggi iaitu ron 100. Dan macam biasa, lagi tinggi ron ni, lagi mahal lah harga minyak tu.

Jadi melainkan anda bawa supercar atau performance car, kebanyakan kita akan guna sama ada ron 95 atau ron 97. Ada satu masa tu, beza harga ron 97 tak banyak dengan ron 95 jadi ramai ambil kesempatan untuk isi ron 97. Dan biasanya kita secara normal akan anggap ron 97 ni lebih baik dari ron 95 sebab harganya lebih mahal, betul tak? Jadi apa sebenarnya yang membezakan ron 95 dan ron 97 ni? Jadi, kalau ikutkan penerangan saya tadi, pembakaran minyak dalam enjin ni adalah satu proses yang pantas dan tepat. Pembakaran tu tak boleh terawal sikit dan tak boleh terlewat sikit. Dan disebabkan sebelum letupan berlaku, enjin akan mampatkan campuran udara dan minyak tu, suhu dan tekanan akan jadi sangat tinggi. Haa, dan pada masa ni lah sangat penting untuk minyak ni tak terbakar sebelum kita nak dia terbakar. Tapi, pada suhu dan tekanan yang tinggi, ada kemungkinan yang minyak ni akan terbakar secara spontan, sebelum kita nak dia terbakar. Maksudnya dia terbakar terawal sedikit. Jadi pembakaran tu dah tak tepat lagi dan timing yang engineer kira awal2 tadi lagi semua dah lari dan tak betul. Cuba anda bayangkan masa enjin tengah mampatkan campuran udara dan minyak, tiba2 dia terbakar. Ni enjin masih nak cuba mampatkan lagi ni. Jadi tenaga dari letupan tu akan bertembung dengan piston anda dan boleh merosakkan enjin kalau terlalu teruk. Fenomena pembakaran secara spontan akibat suhu dan tekanan tinggi ni biasa dipanggil sebagai knocking.

Ok sekaran kita dah tahu pasal knocking. Apa pulak la kena mengena dengan ron 95 dan ron 97. Ha jadi di sini lah pentingnya perbezaan antara ron 95 dan ron 97 dimana ron 97 lebih susah terbakar secara spontan berbanding ron 95. Oleh itu, lagi tinggi ron, lagi kuranglah kemungkinan berlakunya knocking dalam enjin anda, dan oleh itu makin selamatlah enjin anda. Oleh sebab itu, kalau anda ni memiliki kereta performance car dan memang kaki tekan, sangatlah perlu untuk anda menggunakan ron 97. Ini disebabkan bila enjin anda dipaksa beroperasi pada tahap maksimum, tekanan dan suhu pembakaran akan jadi sangat tinggi dan kalau anda pakai ron yang rendah, knocking akan mudah berlaku. Tambahan pula, enjin yang berkuasa tinggi selalunya beroperasi pada compression ratio yang lebih tinggi, maknanya tekanan sebelum pembakaran lebih tinggi dari kereta biasa lah, dan knocking memang mudah berlaku. Jadi untuk kategori kereta sebegini, memang sesuai untuk gunakan ron 97 dan ron 100. Untuk kebanyakan kita yang kadang-kadang saja bawak kereta full throttle, ron 95 sudah memadai. Jika enjin tak dipaksa bekerja terlalu kuat, maka knocking jarang berlaku. Tambahan pula kereta2 baru sekarang ni enjinnya sangat canggih dan ada sistem untuk menghalang knocking daripada berlaku.

Tapi macam mana pula dengan sangkaan bahawa ron 97 akan memberi lebih kuasa pada enjin anda? Bolehkan dia jalan lebih jauh berbanding ron 95. Ok macam yang saya cakap tadi, perbezaan ron 95 dan ron 97 ni adalah ron 97 lebih susah terbakar secara spontan. itu saja. dia hanya terbakar bila kita nak dia terbakar. Jadi pembakaran akan lebih sempurna. Jadi, kalau ada kesan seperti rasa macam lebih kuasa, enjin lebih smooth, dan boleh jalan lebih jauh tu dia bukannya kesan langsung dari menggunakan ron 95 atau ron 97. Ia adalah kesan daripada sama ada kereta anda dapat bakar minyak dengan sempurna ataupun tidak. Jadi kalau ada beza pun, untuk enjin yang moden, perbezaan dari segi mileage dan power takkan ada banyak. At least, dia takkan sangat banyak sampai dapat offset harga premium yang kita bayar untuk minyak ron yang lebih tinggi. Nak paling senang, anda cek je dekat area fuel cap anda. Akan ada tulis minimum octane rating. Anda ikut saja recommendation dia. Memang engineer dah kira dan memang selamat kalau ikut recommendation dia. Sebab minyak 95 pun sebenarnya premium juga. Dekat negara lain ada yang guna ron 88 dan ron 91. Cuma sebab ron 95 ni yang paling rendah di Malaysia, kita rasa macam 95 tu paling tak best la, tapi sebenarnya ok saja.

Apa-apa pun, berbelanjalah menggunakan minyak dengan kemampuan masing-masing. Kalau kereta betul-betul mahal dan anda pula jenis yang tekan minyak sampai habis memanjang, gunalah ron 97. Mesti bolehkan kalau kereta mahal. Bagi yang selebihnya, pilihan adalah ditangan anda, ada saya pernah jumpa brother sorang ni dia kata dia pakai ron 95, cuma kadang-kadang dia isi ron 100 untuk cuci enjin dia. Saya pun tak tahu la apa yang dia cuci tu tapi bagi saya, kalau ada duit dan mampu nak isi ron 100, apa salahnya, bedal sajela. Mungkin dapat kepuasan manjakan enjin.

Previous
Previous

Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Jurutera

Next
Next

Turbocharger vs Supercharger