Tentang Saya

Selepas tamat pengajian PhD saya pada tahun 2014, saya berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di sebuah Universiti Awam. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan medium YouTube untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kejuruteraan kepada Rakyat Malaysia


Apa Yang Saya Buat Sekarang?

  1. Saya mengajar subjek Mekanik Bendalir di Universiti

  2. Saya menjalankan penyelidikan tentang Turbocharger dan bagaimana ia dapat membantu mengurangkan pencemaran

  3. Dalam YouTube Channel saya, saya bercerita tentang teknologi Automotif dunia dalam bahasa Malaysia

  4. Saya dalam proses memikirkan bagaimana untuk memastikan semua rakyat Malaysia ada akses kepada pendidikan bertaraf dunia

  5. Dalam website ini, saya menulis tentang teknologi dan isu-isu semasa

 

Benda Lain Yang Saya Tengah Buat

  1. Saya sedang aktif mengajak guru dan pensyarah lain untuk start YouTube channel masing-masing

  2. Dalam proses untuk buat online course dalam bidang kejuruteraan

  3. Sedang cuba untuk kembangkan followers dalam Instagram, Facebook dan Twitter, supaya lagi ramai orang dapat manfaat.

Hubungi Saya

  1. Anda boleh terus komen dekat YouTube dan Instagram. Saya akan baca semua komen anda.

  2. Kalau ada persoalan yang panjang, boleh terus email saya ke hasbullahsyarah@gmail.com. Saya baca semua email anda cuma dapat reply dalam 30% sahaja mengikut masa yang saya ada. Kalau ada kelapangan, saya akan cuba reply semuanya.