Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Jurutera

engineer (2).png
  • Jurutera adalah seorang yang membina sesuatu yang berguna untuk masyarakat dengan menggunakan kaedah sains dan teknologi, serta mengambilkira hukum fizik di dunia ini.

  • Oleh kerana itu, seorang jurutera perlu dilatih di universiti dan dilengkapkan dengan pelbagai ilmu terutamanya dari segi teori fizik supaya mereka dapat membina sesuatu yang tidak bercanggah dengan hukum alam.

  • Iimu inilah yang membezakan sudut pandangan seorang jurutera berbanding seseorang dari profesyen lain. Sudut pandangan ini membolehkan seorang jurutera mentafsirkan sesuatu maklumat dengan tepat dan dengan mudah dapat menganggarkan sama ada suatu maklumat itu betul ataupun tidak.

  • Seorang jurutera di Malaysia perlulah berdaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM)

  • Untuk membolehkan seseorang itu berdaftar dengan BEM, anda perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejurteraan

  • Terdapat pelbagai disiplin kejuruteraan sebagai pilihan untuk program Ijazah Sarjana Muda

  • Antaranya ialah Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal, Awam dan Kimia

  • Walaupun suatu masa dahulu, belajar satu disiplin kejuruteraan sahaja sudah mencukupi, di zaman ini adalah sangat penting untuk menguasai lebih dari satu disiplin.

  • Jadi walaupun anda memilih Kejuruteraan Mekanikal contohnya, anda juga perlu beminat dan sedikit sebanyak mengetahui apa yang berlaku dalam disiplin kejuruteraan yang lain

  • Program-program kejuruteraan ini banyak ditawarkan di universiti-universiti di Malaysia, sama ada di universiti awam mahupun universiti swasta.

  • Untuk masuk ke program kejuruteraan ini, anda perlu menunjukkan minat serta cemerlang dalam subjek berkaitan kejuruteraan seperti matematik, matematik tambahan, dan juga fizik (untuk kejuruteraan mekanikal)

  • Subjek-subjek ini sangat penting kerana asas yang anda telah pelajari sewaktu sekolah menengah akan diuji semula di peringkat ijazah sarjana muda di mana pelbagai tambahan terhadap asas ini akan diberikan kepada anda untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya

  • Jika anda masih di sekolah rendah, penguasaan yang baik dalam subjek sains dan matematik amat penting dalam perjalanan anda untuk menjadi seorang jurutera.

  • Libatkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan daya fikir seperti pembinaan jambatan menggunakan lego, dan apa saja bentuk aktiviti yang memerlukan anda memasang sesuatu untuk menjadi sebuah objek yang lengkap dan berfungsi.

Next
Next

Ron 95 vs Ron 97