Bagaimana airbag berfungsi

Dalam blog kali ni kita nak tengok macam mana korang punya airbag berfungsi. Ha korang pernah experience tak airbag ni terbukak? Haa, harap2 dijauhkan lah benda ni. Tpi korang tahu tak ada berapa banyak airbag dalam kereta korang? Ingat tak nama Takata airbag? dulu kan kereta yang pakai takata airbag ni pernah kena recall sebab di berbahaya. Kadang2 korang takut tak airbag tu dia terbukak sendiri? Saya dulu ada jugak takut macamni, lagi2 time kita ada terlanggar benda kecik2 ke, atau ada orang ketuk depan kereta kita ke? ha mula dulu ada la rasa takut ni tapi lepas kita faham macam mana fungsi dia, sensor dia dekat mana, macam mana sensor dia berfungsi, hilanglah rasa takut tu.

Kalau anda nak tahu, bila berlaku kemalangan, kalau kita memandu, kita ada masa sebanyak 50 milisaat sebelum kepala kita terhantuk ke steering wheel. Kenapa kita terhantuk? sebab fizik kata, benda yang bergerak ni akan terus bergerak. Jadi badan kita yang bergerak ke depan ni, bila kereta tiba2 berhenti sebab kemalangan, badan kita akan tetap nak kedepan. Tapi kita pakai seatbelt kan, sebabtu kepala yang akan masih bergerak kedepan.

Sebab impact bila accident ni sangat kuat jadi kalau terhantuk tu boleh cedera parah la kepala kita. Memang betul ada seatbelt, tapi seatbelt ni lebih kepada nak pegang badan kita supaya tak tercampak ke luar. Tapi kepala kita masih boleh bergerak ke depan dan terhantuk steering wheel. Sama juga dengan penumpang sebelah kita tu lah, ada dalam 50ms jugak. Kira sebenarnya dalam 50ms ni kita tak sempat buat apa pun lah. Reaction time manusia biasa ni dalam 0.3 saat. Ok kalau formula 1 driver mungkin 0.25 saat. Still masih sangat lambat berbanding 50ms tadi. 50 ms ni 0.05 saat je. So pendek kata, takda apa pun lah yang kita boleh buat untuk selamatkan diri kita dari terhantuk ke depan masa kemalangan berlaku.

Ha, sebabtu lah kita perlukan bantuan airbag ni. Cuma cabaran dia sekarang adalah airbag ni kena react dalam masa kurang dari 50ms ni. Jadi dalam tempoh kurang 50ms, sensor kena trigger, gas kena pam masuk airbag, dan airbag dah start mengecil sebelum kepala kita sentuh airbag tu. Kalau masa airbag tu tengah mengembang, dia kena kepala kita, pun bahaya jugak tau. Jadi impact antara kepala kita dengan airbag kena berlaku selepas airbag ni mengecik semula. Ha, banyak benda nak kena buat tu dalam 50ms. Sempat ke? ok jom kita tengok apa yang berlaku sebenarnya.

Baik yang pertama sekali, dalam kereta kita ni ada beberapa sensor untuk detect perubahan halaju yang sangat banyak. Sensor macam ni kita panggil dia accelerometer. Kalau untuk kereta yang banyak airbag, lagi banyak lah sensor ni dipasang. Dan dia siap boleh detect rollover lagi kalau2 kereta tu berpusing. Jadi bila accelerometer ni dia detect yang kereta ni dia perlahan dengan mengejut, maknanya berlaku kemalangan, airbag kita akan deploy lah. Tapi untuk kereta yang ada safety system yang lagi advanced, sebelum tu lagi, seatbelt kita ni akan diketatkan secara automatik. Tujuan dia adalah supaya badan kita tak bergerak sangat dan kedudukan kepala kita betul untuk kena dekat airbag tu. Tapi bila momentum kita dah kedepan masa kemalangan tu, seatbelt ni dia akan release sikit supaya dada kita tak sakit sangat.

OK, ingat tadi kita ada dalam 50ms kan? Jadi masa antara accelerometer ni detect kemalangan dengan nak deploy airbag ni lebih kurang 10ms. Ha, sekarang ada 40ms lagi untuk airbag ni deploy sepenuhnya dan kecut sikit sebelum kepala kita kena dia. Jadi macam mana nak buat? Macam mana nak pam angin secepat ni masuk ke dalam airbag? Sebenarnya, memang takda pam pun. Sebab nak pam angin ni takkan dapat secepat 40ms untuk penuhkan airbag tu.

Jadi untuk kembangkan airbag ni secepat mungkin, kena guna chemical reaction. Dan chemical yang digunakan dalam airbagi ni nama dia sodium azide. Sodium azide ni dia dalam bentuk pepejal dan kuantiti dia sangat sikit dalam airbag kita. ada dalam 130 gram saja. Tapi bila dia bertindakbalas, biasanya guna haba lah, 130 gram tadi akan bertukan menjadi 67 liter gas nitrogen. 67 liter tu sangat banyak, dan memang cukup banyak untuk penuhkan airbag tadi sebelum kepala kita kena dia. Now bila sodium azide ni dah bertindakbalas, ada lah chemical lain yang terhasil jadi ada jugalah campuran lain yang digunakan untuk hilangkan kesan buruk chemical yang lain ni. Dan sodium azide ni tindakbalas dia sangat cepat dan boleh kembangkan airbag tu dalam masa 30ms sahaja. cepat kan.

Ok jadi 10ms untuk sensor berfungsi, 30ms untuk kembangkan airbag, jadi ada balance 10ms lagi sebelum kepala kita kena airbag tu. Jadi dalam 10 ms ni airbag tu dah mula mengecut sikit dan bersedia untuk terima kepala kita. Kalau airbag tu tak mengecut sikit, kepala boleh cedera teruk sebab dia keras sangat masa tengah mengembang. Dan bila dia dah mengecut sikit ni, masa ni kepala kita kena dekat airbag ni lah. Kalau kereta kita ada side airbag, sama jelah masa dengan chemical reaction yang berlaku. Cuma side airbag ni dia melindungi pemandu dan penumpang dari side impact lah, ataupun rollover.

Bila dah selesai tugas airbag ni menyerap hentakan kepala kita, dia cepat2 akan kempis semula supaya driver dapat control balik kereta tu. Iyelah kalau tidak macam mana kita nak pusingkan steering kalau ada airbag kembang dekat situ. Jadi bila airbag ni dah deploy, dan katakan semua selamat, dan kereta pun masih tak total loss dan boleh dibaiki semula, jadi diorang akan replace balik lah airbag module tu dan tukar semua sensor2 tadi dengan yang baru. Kemudian ada lah electronic system yang kena reset semula supaya kereta boleh jalan macam biasa.

Tapi sebenarnya walaupun airbag ni dah menyelamatkan banyak nyawa, cara terbaik masih lagi dengan pencegahan. Airbag ni macam pertahanan terakhir lah untuk kita. Lagi bagus kalau kita bawak dengan berhati-hati supaya kemalangan tu sendiri dapat dielakkan. Tapi orang kata malang tak berbau kan, kadang2 kita ok tapi orang langgar kita, tak boleh nak buat apa. Ha bila masa macamni lah pentingnya ada sistem keselamatan yang baik dalam kereta kita. Tambah lagi kereta sekarang siap ada collision warning, dan ada kereta macam volvo siap boleh brekkan kereta tu untuk kita lagi. Ha myvi yang advanced tu pun ada feature macamni. Dan ini kita namakan dia active safety system lah. Dia bertindak sebelum kita berlanggar. Kalau airbag tu, kita panggil passive system, maknanya dah berlanggar baru dia berfungsi.

Dan kalau dekat US, diorang estimate yang airbag ni dah selamatkan lebih 28000 orang dalam kemalangan. Banyak tu kan. Ni baru US, tak masuk seluruh dunia lagi. Mesti lagi banyaklah. Jadi airbag ni walaupun dia pertahanan terakhir kita, dia agak berkesan. Of course kalau high speed collision tak boleh nak buat apa la kan. Jadi kalau anda terfikir nak beli kereta baru, memang betul kita akan tengok enjin, keselesaaan, saiz boot dan sebagainya, tapi kalau ada pilihan antara kereta yang takda airbag dengan ada airbag, kita pilih je yang ada airbag. Kalau ada pilihan antara 2 dengan 6 airbag contohnya, kalau masih mampu, kita pilih lah yang ada 6 airbag tu. Lagi satu bila kita buat macam ni, kita akan letak pressure kepada manufacturer supaya letak airbag banyak2 dekat kereta yang diorang nak jual dekat malaysia, kalau tak kita taknak beli.

Ha jadi korang rasa berguna tak airbag ni? ke macam gimmik je?

Previous
Previous

5 Teknologi Kenderaan Pada Masa Depan