5 Teknologi Kenderaan Pada Masa Depan

charging-station.png

1. Kenderaan Bercakap Sesama Sendiri

Walaupun bunyinya agak pelik, tetapi pada masa sekarang pun kereta kita sudah dilengkapi dengan banyak sensor sama ada di bahagian dalam kereta mahupun di bahagian luar kereta. Jadi sebenarnya tidaklah susah sangat untuk menjadikan semua kereta mempunyai sensor yang boleh berkomunikasi antara satu kenderaan dengan kenderaan yang lain. Sebagai contoh, jika sensor 2 kenderaan dapat detect yang kenderaan in bergerak dengan terlalu laju menghampiri satu sama lain, maka secara automatik sistem boleh membrek kenderaan itu untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran.

2. Tenaga Solar Untuk Seluruh Kenderaan

Buat masa sekarang, teknologi solar panel masih lagi berbentuk segiempat tepat dan tidak sesuai untuk diletak di atas kereta untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tambahan pula kecekapannya tak seberapa. Tapi pada masa akan datang, saintis mungkin dapat meningkatkan lagi kecekapan dan fleksibiliti serta kekuatan solar panel ini untuk menggantikan sebahagian dari badan kereta. Contohnya bumbung kereta boleh digantikan dengan solar panel keseluruhannya. Jadi tenaga dari matahari sentiasa boleh digunakan untuk menggerakkan kereta, lebih-lebih lagi kereta elektrik.

3. Kereta Tanpa Pemandu

Pada zaman kini, sebenarnya kenderaan yang boleh bergerak sepenuhnya secara automatik telah wujud, cuma persepsi umum yang tidak pasti sama ada ia benar-benar selamat menyebabkan kendearaan sebegini belum dibenarkan untuk berada di atas jalan raya. Jika teknologi ini dibenarkan beroperasi, makan tidak mustahil kita tidak perlu lagi memiliki kereta. Hanya perlu guna app sahaja untuk kemana-mana dan kereta tu akan datang sendiri menjemput kita.

4. Kereta Mengecas Rumah

Ha anda jangan terkejut kalau suatu hari nanti kereta elektrik ada banyak sangat atas jalan raya dan kereta tu mempunyai kuasa bateri yang sangat banyak dan boleh digunakan untuk menghidupkan janakuasa. Kesemua kereta elektrik ni bila disambungkan ke plug elektrik, sistem akan mengenalpasti cara paling optimum untuk menggunakan tenaga elektrik yang ada sama ada untuk pergi ke dalam kereta, atau pergi ke dalam rumah. Ini membolehkan sebuah rumah dibina dan didiami tanpa sebarang connection dengan elektrik. Hanya perlukan sebuah kereta elektrik sahaja yang bertindak sebagai bateri untuk menghidupkan rumah ini.

5. Kereta Boleh Di 'Print'

Selain daripada kaedah nak menggunakan kereta tu sendiri, kaedah pembuatan kereta juga akan jadi sangat berbeza. Komponen yang kompleks, ataupun komponen yang memerlukan kekuatan yang tinggi boleh di'print' sahaja untuk menjimatkan kos. Dengan adanya printer sebegini, pengeluar tidak perlu lagi berbelanja besar setiap kali adanya perubahan dalam rekabentuk kereta. Bila kos pengeluaran murah, kereta pun akan menjadi lebih mampu milik untuk semua orang.

Next
Next

Bagaimana airbag berfungsi