5 Benda Yang Anda Boleh Buat Kalau Kehilangan Kerja
Takda kerja ni bukan sebab malas ye, dah submit berpuluh resume sana sini cuma memang takda kekosongan kerja. Yang dah kerja pun diberhentikan, apatah lagi yang baru nak cari kerja. Jika anda sedang mencari kerja, situasi ni sebenarnya berada di luar kawalan anda. Ada beberapa business owners yang saya kenal, memang mereka sendiri tak boleh survive kalau tak kurangkan pekerja. Lagi-lagi business yang tak simpan cash reserve yang banyak ataupun mereka tak menabung. Jadi bila berlaku kes seperti covid, kontrak-kontrak yang makan tahun untuk negotiate terpaksa cancel dan sekarang kalau nak negotiate semula memang akan makan masa. Jadi kita perlu bersedia untuk menghadapi keadaan kurang pekerjaan ni untuk suatu tempoh masa yang lama. Kalau nak ikutkan, memang sebelum covid lagi dah susah nak cari kerja, bila berlaku nya pandemik ni, maka makin berganda-ganda isu takda pekerjaan seperti ini. Jadi dalam video ni, saya akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh buat sementara menuggu ekonomi kembali pulih dan menigkatkan peluang anda untuk terus dapat pekerjaan. Tips ni saya dapat dari pelbagai sumber terutamanya dari business owners sebab mereka ini lah yang akan buat keputusan sama ada nak ambil pekerja ataupun tidak. Jadi penting untuk kita faham apa yang mereka tengok dalam diri seseorang calon sebelum diambil bekerja. Isu nya sekarang, bila ekonomi makin pulih, anda akan bersaing dengan sangat ramai orang untuk kerja yang sama.
Jadi masa ni lah anda kena persiapkan diri anda sebaik mungkin supaya bila tiba masanya nanti, anda dah cukup bersedia untuk pergi ke interview dan impress kan bakal majikan anda.
1. Update resume dan online profile anda
Perkara pertama yang anda perlu buat adalah untuk update resume anda, tak kira sama ada online ataupun offline. Untuk masa sekarang ni, profile social media kita tu sebenarnya adalah resume kita kalau kita sedang mencari kerja. Sebagai contoh anda kena pastikan yang anda mesti ada akaun LinkedIn dan pastikan profile anda di sana sentiasa di kemaskini. Masukkan kesemua projek yang anda pernah buat sewaktu belajar dulu. Kadang2 kalau resume hardcopy ni anda segan nak masukkan projek kecil2 tapi dalam online profile anda, kena ketepikan rasa segan tu dan masukkan semua projek yang anda pernah buat, terutamanya projek yang berkaitan dengan kerja yang anda nak tu.
Dan bukan itu saja, sepanjang anda takda kerja ni, kalau anda ada buat apa2 projek, tak kira la jual air kelapa ke, ambik upah kemas rumah orang ke, tak kira kerja apa pun yang anda buat, masukkan sahaja dalam online profile anda. Pastikan profile anda tu sentiasa penuh dengan benda2 positif yang anda buat sementara belum mendapat pekerjaan. Sebab apa online profile ni sangat penting adalah kerana majikan sekarang sangat memilih pekerja dan memang besar kemungkinan mereka akan cek social media anda untuk kenali siapa diri anda dengan lebih mendalam. Jadi kalau anda suka post benda2 yang berfaedah dan sebarkan benda2 yang positif di laman sosial anda, lagi lah tinggi kemungkinan untuk diambil bekerja berbanding dengan orang yang tak ada profile mereka di laman media social.
2. Belajar skill yang baru
Perkara kedua yang anda boleh buat sewaktu mencari kerja adalah belajar skill yang baru. Tak kira apa2 skill pun, asalkan benda yang anda minat. Mungkin anda minat tengok orang main muzik, jadi anda boleh start belajar main gitar atau keyboard. Mungkin anda minat tengok orang buat robot, so anda boleh belajar serba sedikit pasal robotik secara online. ataupun anda boleh juga belajar programming untuk buat program yang simple. Semua benda yang anda belajar ni akan menjadi value added kepada anda bila sampai waktu untuk interview nanti. Tambahan pula, sekarang ni musim yang sukar untuk business jadi untuk business yang mengajar skill2 macam ni pun mereka akan turunkan harga untuk anda belajar. Jadi ambil kesempatan ni untuk belajar sebanyak mana yang mampu.
Untuk skill macam programming ataupun graphic design macam photoshop dan sebagainya, anda boleh saja belajar secara percuma dengan cara tonton tutorial di youtube. Ataupun kalau anda ada bajet sikit, anda boleh pergi ke site seperti udemy ataupun skillshare untuk cari online course yang bersesuaian dengan minat anda. Ada course yang saya tengok, sampai 24 jam tapi harga dia 10 dollar sahaja. Memang sangat berbaloi lah. Sebelum beli course tu tengok dulu review student2 dia macam mana, kalau sampai 20000 orang cakap course dia bagus, harga pulak murah, maka bolehla anda beli dan kemudian perlahan2 belajar dan habiskan course tersebut. Saya yang dah bekerja sekarang ni pun masih lagi kadang2 beli course di udemy untuk tingkatkan skill programming saya. Jadi ni semua boleh masukkan dalam resume anda seperti point saya yang pertama tadi.
3. Sambung belajar
OK perkara ketiga yang anda boleh buat sementara tiada pekerjaan adalah untuk sambung belajar. Sekarang ni kalau nak buat master, hanya perlu 3 semester, ataupun setahun setengah. Memang perlu keluar belanja sedikit untuk tanggung yuran pengajian tapi kalau ada masa yang paling baik untuk sambung belajar, sekarang lah masanya. Saya sendiri ada ramai kawan2 yang diberhentikan kerja disebabkan company dah tak mampu nak bayar gaji mereka, dan ramai juga yang dah sambung belajar untuk dapatkan master degree mereka.
Ada 2 kelebihan yang ketara saya dapat tengok dari kawan2 saya yang sambung master degree ni. Yang pertama, obviously, mereka ada ijazah kedua lah, tak kira la dalam bidang engineering ke ataupun MBA. Jadi pengetahuan mereka lebih luas dan bila apply kerja pun akan ada kelebihan berbanding dengan calon lain yang tak buat apa2 semasa takda kerja. Kelebihan yang kedua pula yang saya rasa lebih penting adalah mereka sekarang berfikir di aras yang lebih tinggi. Kalau dulu mereka lihat peluang pekerjaan ni, kalau belajar engineering mesti nak kerja jadi engineer, tapi bila dah buat master, mereka lebih terbuka dengan peluang pekerjaan yang lain juga. Contohnya sekarang ada yang buat kelas online, ada yang jadi financial advisor, ada yang buat investment dan sebagainya. Jadi kalau anda sedang mencari pekerjaan tapi masih belum jumpa lagi, bolehlah pertimbangkan untuk sambung belajar.
4. Jadi freelancer
Untuk tips yang keempat ni pula, anda boleh gunakan untuk mencari pendapatan sementara menunggu dapat kerja. Caranya adalah dengan mendaftarkan diri anda untuk buat freelancer secara online. Cuba anda tengok site seperti fiverr.com dan juga upwork.com dan daftarkan kemahiran anda di situ. Sebagai contoh, anda mahir guna photoshop untuk edit gambar, jadi anda boleh listkan servis anda dan letakkan harga yang murah pada awal2 ni. Jadi orang yang perlukan servis anda tu akan nampak profile anda dan mereka akan contact anda kalau ada kerja. Tujuan kita letakkan harga murah pada awal2 adalah untuk bina kita punya portfolio kerja.
Bila dah banyak job dan dapat review yang positif dari customer, baru boleh letak harga yang lebih tinggi sebab skill anda pun dah bertambah. Kalau anda perasan, point yang keempat ni ada kena mengena dengan point kedua saya tadi iaitu belajar skill yang baru. Dengan belajar skill yang baru, ada boleh offer lebih banyak lagi kemahiran untuk servis klien2 anda. Ada banyak freelancer yang saya perasan di website tu ada yang jadikan freelancer ni sebagai kerja tetap. Ada yang sekarang boleh minta upah sehingga 1000 dollar sejam. Anda bayangkan berapa banyak dia dapat kalau kerja 10 jam? dah 10000 dollar, dalam 40000 ringgit. Banyak kan? Yang bestnya saya tengok dia sentiasa ada klien. Maknanya memang dia offer servis yang sangat bagus sampai orang cari dia dan bayar harga yang sangat tinggi. Kalau anda fikirkan, kalau anda sekarang tengah bekerja, mungkin tak ada masa untuk buat semua ni, jadi sebenarnya takda kerja pun adalah peluang bagi anda untuk cuba jana income dengan cara lain. Bila dah buat ni semua, boleh la masukkan semuanya dalam resume anda. Baru la kagum bakal majikan anda nanti.
Jadi setakat ni kita dah tengok 4 benda yang anda boleh buat sewaktu ketiadaan kerja. Tips2 ni akan menambahkan peluang anda untuk dipilih berkerja bila ekonomi dah stabil nanti dan mungkin juga boleh buka peluang pekerjaan baru buat anda yang sebelum ni anda tak pernah terfikir pun. Menunggu reply dari tempat kerja ni boleh mendatangkan stress pada kita dan keluarga kita, jadi kita kena pandai manage dan buat sesuatu yang constructive semasa menunggu jawapan dari tempat kerja, dan ini membawa kepada point saya yang kelima.
5. Jaga kesihatan
Untuk perkara kelima, bagi saya agak jelas tapi tetap saya nak kupas sedikit iaitu anda mesti jaga kesihatan diri anda sewaktu ketiadaan kerja. Sebabnya mudah saja, kalau badan anda sihat, minda anda akan sihat, dan bila minda anda sihat, pastinya anda akan boleh berfikir dengan baik untuk mengatur strategi anda dalam mencari pekerjaan. Jadi jaga pemakanan anda dan kekalkan gaya hidup aktif sampailah anda dapat pekerjaan idaman anda. Badan yang sihat juga membolehkan anda sentiasa berfikiran positif sewaktu mencari kerja. Keluarga anda pun tak da la risau sangat dengan keadaaan anda kan. Sebab kalau kita hantar resume, tapi company buat senyap je, kita email pun dia tak reply, boleh terganggu juga la emosi kita. Kalau badan kita tak sihat, silap2 boleh jadi kemurungan. Jadi walaupun nasihat jaga kesihatan ni nampak simple, tapi sebenarnya memainkan peranan yang amat penting.
Jadi sampai di sini saya perkongsian saya pada kali ini. Saya harap rakyat Malaysia semua tabah dalam mengharungi detik2 yang mencabar sekarang. Dalam setiap yang berlaku tu, mesti ada peluang baru yang terbuka, jadi kita kena sentiasa aware dan bersedia untuk ambil peluang ni. Kalau peluang belum datang pula, kita siapkanlah diri kita dengan ilmu dan pengalaman yang sepatutnya supaya kita jadi bersedia bila peluang itu datang.